Friday, April 12

.selami dan memahami.


*****

Terdapat banyak jenis ubat kemoterapi yang digunakan untuk merawat kanser. 
Ubat kemoterapi sebenarnya banyak yang dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan seperti contohnya 
ubat Paclitaxel yang digunakan untuk merawat banyak jenis kanser. 
Ubat kemoterapi ini dihasilkan dari kulit pokok yew.
 Terdapat beberapa kategori ubat kemoterapi yang mempunyai perbezaan 
dari segi bagaimana ubat-ubat ini mematikan sel-sel kanser. 
Secara amnya semua ubat-ubat kemoterapi mematikan sel-sel kanser dengan 
cara bertindak mengganggu atau merencat proses pembiakan sel-sel kanser. 
Ini dilakukan dengan cara merosakkan DNA ataupun bakar sel-sel kanser melalui 
berbagai-bagai kaedah seperti mengikat (“cross-linking”) ataupun memotong DNA tersebut. 
Akibat kerosakan DNA ini maka sel-sel kanser ini akan mati.
Ubat kemoterapi lebih berkesan terhadap sel-sel kanser yang cepat membiak. 
Kadangkala ubat ini tidak dapat membezakan di antara sel-sel kanser dan sel-sel normal yang juga cepat membiak seperti sel-sel dinding usus, mulut, organ reproduktif terutamanya ovari, sel-sel rambut dan juga sel-sel sum-sum tulang.
 Sel-sel ini mungkin terdedah kepada kesan ubat kemoterapi walau bagaimanapun dengan kaedah rawatan yang terancang dan teliti oleh Pakar Kanser, kesan-kesan ini dapat diminimakan malah jika sekiranya berlaku ianya adalah lebih bersifat sementara.


*****

"may Allah always bless you mom"
amin,insyaALLAH



selamat malam,assalamualaikum mama.